AO VS RN | Silent Bribe : EP 6

sapa nak buah??? pegi mintak dengan RN… hahahhaa….

jam 4.47 petang saya menerima email ini dari puan yasmin, GM Richworks.
ayat yang hampir sama dengan ayat di FB alumni.
cuma di fb alumni, nama saya tak disebut.
bermakna mereka hanya berani minta maaf dari saya secara peribadi sahaja. bukan secara public.

baru sebentar tadi juga saya menerima jambangan buah dengan mesej, “Get Well Soon” dari Richworks. Sebab semalam saya beritahu mereka saya demam.

1186065_10151680347593492_681667256_n

234234234

12352233 1232233

l

12r2332233

AO VS RN | Permohonan Maaf : EP 5

Selepas dikenakan tekanan oleh pelbagai pihak, akhirnya pihak AO mengaku KALAH..

kah kah kah…

akhirnya buat permohonan maaf.. tapi EGO AO tetap ada… Notis saman bukan main lain letak nama.. Rohaniah Noor… nak minta maaf, buat secara umum!!! Richworks, korang memang ego giler beb… kenapa tak tulis nama dala pernyataan maaf kat FB tu… ini korang nampak kat FB Alumni…
rchwrk

lain pulak diorg ni hantar email kat RN…

1240156_10151680343903492_1408728411_n

Korang boleh tengok tak perbezaan nyer… TULISAN YANG BERMUKA2!!!!

yang pencacai2 AO ni, mcm ni ke company yang korang duk puja sangat tu… bertuah betul si AO ni… tak semena2 boleh jadi herokannn… hehehe… company macam ni dikatakan PROFESIONAL ke????

Company mcm ni nak naik akreditasi 4A??? tak usah la nk jadikan ABC Mediaworks Sdn Bhd ni pro kalau benda kecik macam ni pun tak boleh nak settle dengan smooth!! come on la…. adakah korang pengecuttt???? so pencacai2 AO sekalian, apa cer??? jawab skit… 

AO vs RN | Msg Jerry : EP 4

30.08.2013 posting nak saman tu delete…
ramai giler yang back up dan siap suruh AO ni selesaikan dengan cara yang elok.. tapi nak jugak saman… aku pun tak tahu sapa yang suruh buat surat saman tu… aku rasa la kan AO sendiri kot… mesti ramai pencacai2 AO marah aku ni… hahahaha… sbb apa, Jerry time tu tengah bermsg dengan RN.. so sapa bagi arahan.. ke ada orang lebih tinggi pangkat dari Jerry… oohh, mungkin ada GM lain kot… mana la aku tahu…

 

1234150_10151678249453492_684851434_n1234844_10151678251443492_1457210657_n

 

1016303_10151678254633492_1407611276_n 1185670_10151678260783492_785567523_n

AO vs RN | Review Mazidul : EP 3

ROHANIAH TIDAK BERPUAS HATI DENGAN AZIZAN OSMAN

From : http://www.mazidulakmal.com/2013/08/rohaniah-tidak-berpuas-hati-dengan.html

Sifat manusia selalunya mudah.
Apabila telah membuat pembayaran, mereka mahukan servis dijanjikan. Teguran saya terhadap Unifi TM sebelum ini, mendapat sokongan ramai. Terima kasih kepada pengguna berani berbicara mendedahkan kebenaran.
Klik di sini.
Saya pernah menemu bual Azizan Osman sebelum ini dalam program bual bicara pagi, Malaysia Hari Ini,  mengenai rahsia di sebalik tarikh lahir.
Kini dia tidak lagi meneruskan kerjaya itu, barangkali kerana teguran pelbagi pihak, contohnya, klik di sini.
Kini seorang daripada peserta seminar Personal Coaching untuk  Supreme Diamond Intensif Jutawan Industri dianjurkan oleh Azizan, Rohaniah Noor  menegur penceramah itu secara berhemah.Rohaniah membayar RM4999.
Klik di sini untuk membaca ketidakpuasan hati diluahkan oleh  Rohaniah. Saya teruja dengan perincian dan rentetan kejadian dikemukakan oleh Rohaniah dan tindakan beraninya, menongkah arus.

Melalui carian di internet kini sebilangan penulis mempertikaikan status  ‘Dr’ diguna pakai oleh Azizan Osman, sila klik di sini.

Saya tidak dapat mengesahkan dakwaan itu kerana belum berpeluang membaca thesis Azizan di dalam bidang Metafizik.  Sewaktu saya menemu bual dia, dia belum lagi bergelar ‘Dr’.
Ramai lagi berbicara mengenai status PhD Azizan, klik di sini.
Secara peribadi, saya tidak pernah  merujuk Azizan sebagai Dr.
Apapun setelah membina nama di Malaysia ini dan ramai alumni hasil didikannya, Azizan perlu menangani masalah diutarakan oleh Rohaniah.
Setiap individu berpuas hati dengan perkhidmatan dijanjikan, tidak akan memaparkan masalah di blog atau facebook.

AO vs RN | Notis Undang2 : Ep 2

29.08.2013
Minggu lepas, heboh satu malaya Azizan Osman berserta company Richworks ingin mengambil tindakan undang2 kepada Rohaniah Noor kerana tidak berpuas hati berkenaan pakej yang dijanjikan tetapi tidak di kotakan… Maka pencacai2 AO ni maki hamun RN seperti AO ni nabi di FB alumni. Tapi kalau korang nak baca comment tu, sila pegi ke Wisma Richworks.. Diorg dah simpan.. Di Fb diorg dah delete dah sebab selepas pencacai2 diorg kutuk, then ada orang backing RN ni.. bila ramai org backing RN, Richworks ni biasa la.. mana boleh rasa bersalah.. terus delete posting tu…nanti ramai plak pencacai2 yang berpaling tadah.. tapi minta maaf, aku dah terprint screen dah surat nak ambik tindakan tu… nak tengok.. siap bahasa melayu la uolss… diorg posting akt FB Alumni AO la… beriya benor aku tengok yang duk taksub tu mengomen… ehh bukan mengomen, tapi memaki dan mencerca… AO ajar mcm ni duk kat diorg… kesiannnn…

rchwrk2

rckwrk

AO vs RN | Fakta Kes : Ep 1

Panas di Facebook saya mengenai pendedahan yang saya buat berkaitan seminar Dr Azizan Osman yang dipuja ramai

 

Ceritanya begini..

Pada 14 Oktober 2012 saya menghadiri Seminar Jutawan Industri oleh Dr Azizan Osman
Seminar percuma untuk 4 jam.
Boleh baca perkongsiannya DI SINI.

Seminar itu memang bagus.
Walaupun cuma 4 jam, beliau meyakinkan kita yang kita boleh menjadi pakar rujuk dalam industri masing-masing dalam masa 3 tahun sahaja.
Beliau akan tunjukkan caranya dalam seminar yang lebih advanced.
Namanya Intensif Jutawan Indusri (IJI).

Jadi, beliau telah menawarkan 3 pakej pada masa itu.
tiket VIP pada harga RM 999
tiket Diamond pada harga RM 2999
dan tiket Supreme Diamond pada harga RM 4999

tiket VIP tu cuma untuk seminar IJI 3 hari dan tempat duduk VIP.

Tiket Diamond untuk
-seminar IJI 3 hari,
-1 hari seminar dengan Bill Walsh,
– 1 makan malam dengan Bill Walsh dan Dr Azizan (ada sesi perkongsian dengan Bill Walsh sekali),
– cd Marketing & You
– tempat duduk kedua paling hadapan
– khidmat sokongan dari Richworks seumur hidup.

Tiket Supreme Diamond akan dapat semua yang Diamond dapat dan
– tempat duduk paling depan
– 1 sesi group mentoring
– personal coaching selama 12 bulan
– sesi bergambar dengan Dr Azizan Osman
– review buku oleh Dr Azizan Osman apabila buku telah siap
– peluang penerbitan buku dengan syarikat penerbitan Dr Azizan Osman

Tertarik dengan janji manis dan teknik pemasaran beliau, saya ambil pakej Diamond.
Sebab saya fikir, bagus ada khidmat sokongan dan peluang seminar dengan Bill Walsh tu

seminar Intensif Jutawan Industri diadakan pada 23 – 25 November 2012.
26 hb pula sesi khas dengan Bill Walsh

Beberapa minggu sebelum itu, sms datang bertalu-talu
Staff Richworks tawarkan tiket general seating kepada mereka yang belum daftar IJI lagi.
Harga general seating ini adalah RM 499 sahaja tapi hanya untuk seminar 3 hari IJI ini sahajalah.
dan tempat duduk pun di belakang sekali.

tiket paling murah ini tak ditawarkan pada hari seminar percuma jutawan industri tu
jadi, saya rasa pasti siapa yang ambil pakej VIP terasa menyesal juga.
Baik ambil pakej general seating sahaja kan…
hm…

Maka, pada 23 hb november 2012 tu, saya pun hadir sebagai peserta pakej Diamond
saya ada kongsikan DI SINI

Tapi pada sesi pagi hari pertama itu, banyak kali Dr Azizan beritahu dan promosi mengenai untungnya peserta Supreme Diamond
Mereka akan menerima 12 bulan online personal coaching dari beliau sendiri
katanya sebulan sekali akan skype.
Dr akan follow up perkembangan peserta coaching ni nanti dan dia akan beri panduan

Promosi ini buat saya tertarik.
12 bulan online personal coaching dengan Dr Azizan.. peluang skype dengan dia sebulan sekali..
boleh tanya pasal nak buat seminar.. pasal macamana nak kembangkan blog..
pasal macamana nak keluarkan produk informasi seperti dvd dan ebook..
dan lain-lain yang ada dalam ajaran jutawan industri ni.
mesti syok kan..

Jadi, selepas berfikir selama beberapa jam, saya pun naiktaraf diri saya dari Diamond ke Supreme Diamod semasa rehat tengah hari
Swipe kad kredit untuk top up bayaran yuran.

Tamat sesi seminar 4 hari

Bulan Januri 2013 saya dihubungi untuk pilih tarikh untuk sesi group mentoring
saya dan kawan saya, Syahman pakat pilih 28 Januari 2013.

Dalam group mentoring tu, dia bahagikan kami kepada 3 kumpulan mengikut tahap pendapatan kami
Kemudian setiap seorang dberi peluang bertanya soalan, Dr Azizan jawab
Orang lain dengar jawapan tu.
itu sahaja.

Kemudian saya menunggu online personal coaching yang dijanjikan..
12 bulan online personal coaching ni.. mesti best.
saya bayar mahal ni.. tak apa.. pelaburan pada diri sendiri.

Tunggu punya tunggu tak ada khabar berita dari Richworks atau DAO sendiri
Senyap
Yang saya nampak di FBnya, ada banyak seminar Berani Berniaga, Berani 2013, Berani Hidup Luar Biasa, Advanced Marketing Power, IMKK dan lain-lain aktiviti
ada banyak juga percutian luar negara yang beliau dah pergi
sempat juga pergi umrah
Tapi online personal coaching masih tiada

Saya tanya Syahman.. ada tak dia dihubungi untuk sesi personal coaching ni.
takut lah saya seorang sahaja yang tertinggal nama
Kata Syahman, tak ada pun..

tunggu punya tunggu…
dari bulan November 2012 hingga Julai 2013 masih diam.
Akhirnya pada 19 julai saya hantar email kepadanya.

Diam… tak ada jawapan

Kemudian pada 22 Julai 2013, saya copy paste soalan yang sama di FB Alumni nya.
barulah dapat jawapan

‘dr azizan telah bersetuju merubahnya menjadi group coaching session secara live menggantikan sesi 12 bulan tersebut’

Aik… Dr azizan je bersetuju? ada tanya tak persetujuan kami yang dah bayar ni?

Berapa kali group coaching session tu belum diketahui. adakah sebulan sekali juga? atau hanya sekali sahaja?

Kemudian saya mula menulis di FB saya mengenai hal ini.
sebab saya sangat frust.
saya upgrade dan sanggup bayar sebanyak itu kerana kononnya ada personal coaching yang beliau beriya promosi semasa seminar tu
tapi selepas 8 bulan bertanya, itu jawapannya.

Selepas status itu, saya menerima satu pm di FB
rupanya ada peserta Advanced Marketing Power yang dijanjikan personal coaching pun menerima nasib yang sama..

 

 

Sesuatu yang sangat tak kena berlaku.

Semalam pula, saya nampak di FB DAO, beliau nak buat smeinar Jutawan Industri 2013 pula.
Haihhh… personal coaching pada peserta jutawan industri 2012 pun belum terlaksana, nak jual minyak angin lagi?

Maka itulah semalam saya naikkan amaran ini.

Lewat petangnya, tuan Zaidi Ismail ada update status tentang rakyat Malaysia yang poyo.
Tiba-tiba DAO muncul memberi komen, ‘Ini poyo’
Terus pada masa tu tuan Zaidi tag beliau dan saya dan terus bertanyakan mengenai dakwaan saya.

Tak sangka. woww.. DAO jawab komen tu…
boleh baca di screenshot di bawah

 

 

Persoalan:

1) Bukankah dia sendiri yang tentukan dan buat keputusan untuk buat personal coaching atau tidak. Apa yang missinform?
2) Saya seorang sahaja yang dikatakan memberi maklumbalas. Peserta yang lain diam sahaja. Tapi kalau peserta yang lain diam pun, adakah itu bermakna beliau boleh terlupa pada pakej yang perniagaan beliau tawarkan?
3) Ramai orang sanggup bayar lebih kerana personal coaching ini. Tapi sekarang ini, beliau telah membuat keputusan untuk menggantikannya dengan benda lain. Bukankah dalam islam, jual beli adalah atas dasar persetujuan dan saling redha meredhai dengan apa yang dijual dan dibeli. Jika peserta tak setuju dengan penggantian personal coaching ini, bagaimana? Adakah beliau boleh refund balik sebahagian wang yuran seminar ini?

Saya hanya menyampaikan maklumat ini atas fakta dan pengalaman saya sendiri
saya tidak mahu lebih ramai orang lain terpedaya dengan pakej dan promosi kaw-kaw sebegini.

Kalau nak hadir juga seminar Dr Azizan Osman, cukuplah jika hadir seminar free beliau atau beli tiket general seating sahaja/

Saya akan update perkembangan seterusnya selepas saya mendapat berita apa dia ‘sesuatu’ yang nak diganti tu dari team Dr Azizan.